Saturday, March 31, 2012

Saudara TIDAK PERLU menyertai eTiQa Takaful sekiranya:- 
  1. Saudara dapat memberi JAMINAN bahawa saudara:-
  • TIDAK AKAN SAKIT. 
  • TIDAK AKAN MENGALAMI KEMALANGAN.
  • TIDAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN.
  • TIDAK AKAN RASA BERSALAH KEPADA ISTERI ATAU ANAK-ANAK. 
  • TIDAK MEMERLUKAN BANTUAN APABILA DILANDA MUSIBAH.
2. Saudara TERLALU KAYA. Dan YAKIN tidak akan Miskin. 


KELEBIHAN eTiQa Takaful 
ETIQA TAKAFUL menawarkan PELAN SIMPANAN dan PERLINDUNGAN MENYELURUH(Komprehensif) yg berlandaskan syariah, 
  1. Tabung Khairat kematian/ hilang upaya kekal.
  2. Elaun harian hospital. (swasta/ kerajaan)
  3. Pampasan penyakit kritikal. (36 penyakit & semua penyakit cancer)
  4. Pampasan kemalangan diri. (24jam seluruh dunia)
  5. Manfaat rider bertempoh. (nilai PAMPASAN LEBIH TINGGI)
  6. Manfaat pembayar. (KHAS untuk plan PENDIDIKAN)
  7. Manfaat tabung saraan/ biasiswa. (KHAS untuk plan PENDIDIKAN)
  8. Manfaat anugerah intelek. (KHAS untuk plan PENDIDIKAN)
  9. Manfaat simpanan tempoh matang.
  10. Manfaat cuti sakit. (MC)
  11. Manfaat Pengurusan jenazah.
  12. Jaminan Haji dan Umrah.
Keistimewaan lain yang anda akan perolehi:- 
  1. Kemudahan pengeluaran TAHUNAN TANPA RIBA mahupun bayaran BALIK.
  2. Pengecualian CUKAI PENDAPATAN.
  3. Perkongsian keuntungan (mudharabah 80:20).
  4. ZAKAT dibayar sepanjang tempoh simpanan.
  5. Amal Jariah. (Insya-Allah dengan niat yang ikhlas moga diterima)
  6. Muamalat Islam.

PERBEZAAN ANTARA KONVESIONAL DAN TAKAFUL 

Takaful berasal dari perkataan Arab 
'kafala' yang bermaksud saling menjamin. Konsep takaful bertujuan menggalakkan tolong menolong danperpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. 

Objektif insurans adalah bertujuan sebagai golongan yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, menyatakan :- 
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan"

Apakah yang membezakan takaful dan insurans konvensional? 

Perbezaan ketara membezakan prinsip takaful dengan insurans konvensional adalah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak sepertigharar (ketidakpastian), riba, dan maisir (judi). Unsur-unsur inilah dapat mewujudkan kerugian, ketidakadilan, serta penganiyaan kepada pemegang polisi insurans. 


PERBEZAAN ANTARA SIMAPANAN DI eTiQa Takaful dan SIMPANAN diBANK, MAHUPUN diAMANAH SAHAM 

Tidak salah jika menyimpan diBank mahupun Amanah saham. Kerana, setiap institusi ini memainkan berlainan peranan. TETAPI,adalah KURANG BIJAK jika KESEMUANYA dilaburkan dan di simpan diBank ataupun Saham sahaja. 

MENGAPA?? 
Andaikata, jika kita dimasukkan ke hospital kerana penyakit kritikal, semua duit simpanan kita akan habis dan MUNGKIN TIDAK MENCUKUPI!!Mahukah kereta anda ditarik?Rumah tergadai? Impian selama ini nak pergi haji, berumah mewah, hidup senang lenang, musnah dan duit yang bertahun-tahun kita menyimpan akan juga habis dengan sekelip mata. 

Katakan anda mencarum RM300 SETIAP BULAN di Amanah Saham, berapa lamakah anda perlukan masa untuk mencapai RM100,000??Tetapi, jika anda mencarum di eTiQa Takaful,anda sudahpun mempunyai perlindungan MELEBIHI simpanan ANDA! 

Andaikata pada bulan ke-4 anda mencarum,dan malang menimpa anda dan anda hilang upaya kekal. Anda mungkin diberhentikan kerja. Adakah anda dapat menyimpan lagi?BERAPAKAH YANG ANDA AKAN PEROLEHI DARI AMANAH SAHAM??TENTULAH HANYA SIMPANAN ANDA!!ADAKAH IA MENCUKUPI?? 

Di eTiQa,kami ada menyediakan prduk khas untuk pelaburan dan juga protection. PELAN ini dipanggil PELAN PRIMA. Di mana setiap 3tahun anda akan mendapat CEK. Nilainya mengikut 10% daripada akaun anda. Jika bayaran setiap bulan adalah RM250 so anda akan dapat RM5000 setiap 3tahun. 


Apa akan berlaku sekiranya perkara-perkara berikut terjadi pada diri anda, HARI INI... 
>Kemalangan 
>Disahkan Menghidap Penyakit Kritikal 
> Lumpuh Atau Hilang Upaya Kekal
> Meninggal Dunia 
PERSOALANNYA,,BAGAIMANA?? 
BAGAIMANA anda dan keluarga menghadapi situasi ini? Apakah yang akan berlaku terhadap isteri anda? Anak-anak anda? ibubapa anda? Sudahkah anda membuat persediaan yang secukupnya? Jika belum, SERTAILAH KAMI sebagai KELUARGA yang besar di eTiQa Takaful. =) 
Ianya MUDAH SAHAJA,,nilainya REALISTIC!!! Dengan HANYA dari RM5.00 sehari, anda sudah boleh memiliki KAD PERUBATAN TAKAFUL daripada eTiQa Takaful Berhad. BERTINDAK PANTAS!! 

"SEMAKIN LAMA ANDA MENUNGGU MEMBUAT PERANCANGAN, 
SEMAKIN BANYAK MASA YANG ANDA SIAKAN, 
TERPULANG KEPADA ANDA APA YANG ANDA MAHU, 
HANYA TINDAKAN YANG MENENTUKAN IA.. 
YA,,TINDAKAN BUKAN HANYA SEKADAR "KATA-KATA" dan NIAT" 


"BIAR KITA MENYESAL HARI INI, JANGAN KITA MENYESAL ESOK HARI, 

BIAR BERSUSAH HARI INI, 
AGAR SENANG DIKEMUDIAN HARI
" 




Apa yang perlu anda fikirkan ?
Takut tak dibayar??Tak dapat CLAIM? ETIQA TAKAFUL DI IKTIRAF DUNIA!!Bukan setakat di Dalam MALAYSIA SAHAJALIHAT SAHAJA TABUNG TAKAFUL YANG TELAH TERKUMPUL, ia untuk PESRETA SEMUA.. 
Di dalam satu pelan anda mendapat kesemua keperluan asas yang anda perlukan......
sebagai contoh...sekiranya berlaku kematian kepada anda (PESERTA)...sekurang-kurangnya keluarga anda telah ada sejumlah wang tunai yang besar untuk kehidupan seterusnya.
Jika anda hilang upaya...tak mampu bekerja dan hilang pendapatan...sekurang-kurangnya anda ada wang tunai untuk kehidupan seterusnya TANPA perlu meminjam situ-sana-sini..
Jika anda di sahkan dengan penyakit kritikal , wang tunai sekaligus di bayar kepada anda..
Jika anda kemalangan...anda di lindungi dengan tuntutan wang tunai. Takkan kereta yang tak setanding nyawa dengan anda mempunyai nilai yang lebih tinggi?
Jika anda di masukkan ke hospital ..anda ada elaun harian hospital mengikut hari. 
Dan lagi.....Jika anda terpaksa melakukan pembedahan dengan kos besar contoh RM 25,000 ...anda boleh menggunakan kad perubatan anda tanpa perlu risau untuk meminjam, meminta ehsan...masuk surat khabar dan sebagainya untuk mencari bantuan kewangan..Ingatlah, bukan senang untuk mendapat wang apabila susah. Nak minta tolong siapa?Kawan?Adik? akak?Abang?Mereka pon ada keluarga sendiri.. Sikit-sikit tu bolehlah tolong.. 

YANG PALING PENTING...!!
JUMLAH PULANGAN YANG AKAN ANDA DAPAT KEMBALI...DI JAMIN BERGANDA.Kalau NIAT IKHLAS, lagi lah TABUNG AKHIRAT PON DAPAT JUGA..amin… 
ANDA MENIKMATI PERLINDUNGAN PERCUMA DARI KAMI....DUIT BAYARAN ANDA DIKEMBALIKAN.......
SO...PERSOALANNYA, RUGIKAH ANDA SERTAINYA?
DI MANA KERUGIAN ANDA??????? 



TUJUAN ETIQA TAKAFUL



(a) Menyediakan dana pendapatan keluarga sekiranya anda meninggal dunia.
 
(b) Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya. 
(c) Menyediakan dana tabung tambahan untuk persaraan. 
(d) Menyediakan dana pendidikan anak-anak. 
(e) Menyediakan dana penyakit kritikal. 
(f) Mengelakkan daripada berhutang apabila ditimpa musibah. 
(g) Melindungi aset atau perniagaan. 
(h) Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah. 
(i) Melakukan amal jariah. 
(j) Mengurangkan cukai pendapatan. 


< 
etiQa Takaful Menjamin Masa Depan Anda Sekeluarga "its ABOUT PEOPLE,NOT POLICIES"

Alhamdulillah, hari ni saya meluangkan masa untuk bercerita mengenai etiQa Takaful.
Jika anda ingin mengetahuinya silalah merajinkan diri anda membaca isi kandungan blog ini. Kepada yang lebih arif, kongsi-konsikanlah pengetahuan saudara bersama. Kepada yang tidak tahu atau kurang faham, marilah kita memahaminya. Apakah itu takaful dan sebagainya. 
Sedikit latar belakang mengenai eTiqa Takaful, dahulu ia dikenali sebagai Takaful Nasional(Malaysia National Insurance). Juga ahli kumpulan MAYBANK. etiQa ini, terbahagi dua. Satu eTiQa Insurans, iaitu insuran AM berkaitan asset seperti rumah,kereta, kilang, syarikat dan sebaginya. Manakala satu lagi ialah etiQa Takaful. Ia adalah Takaful Keluarga. 

Ada sesetengah mereka masih tidak faham,apakah itu takaful dan insuran. Untuk pengetahuan anda, takaful adalah insuran dan insuran itu tak semestinya takaful. Insuran ini TERBAHAGI kepada 2(DUA)iaitu insuran KONVESIONAL dan TAKAFUL. Sebenarnya ianya sama sahaja, tujuannya untuk perlindungan. Bezanya cuma SISTEM PENGURUSAN yang dijalankan, dimana ia menjadi HALAL ataupun HARAM. Macam juga ayam, ayam HALAL tak ?Pada umumnya,ianya HALAL. Tapi kalau tak disembelih? HUKUMNYA menjadi HARAM. Betul tak? Begitu juga insuran, jika ia tidak menjalankan proses dengan betul (syarak) ia akan menjadi sebaliknya. 

Dalam ISLAM,mencari yang HALAL itu "fardhu". Tahu apa itu "fardhu"?? Dalam solat kita selalu menyebutnya, melainkan anda menunaikan solat sunnat atau selain daripada yang wajib.=) Sebagai seorang Muslim, yang waras akal fikirannya, sememangnya tahu bahawa benda yang berkaitan JUDI, KETIDAK PASTIAN dalam urusan jual beli dan RIBA adalah HARAM disisi agama. Janganlah cepat sangat nak melenting, jika saya bangitkan isu ini. Hal ini tidak perlu untuk berhujah dengan saya, kerana perkara tersebut telah diceritakan didalam al-Qur'an sendiri. Kata-katanya datang dari siapa? Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui. Dan MUFTI sendiri sudah menyatakannya bahawa insuran KONVESIONAL ini HARAM. Semua ini TERPULANG kepada saudara sekalian. Mahu terima atau tidak. Itu sahaja. 

Dalam blog ini, saya akan bercakap mengenai perbezaan antara konsep Takaful dan Konvensional, perbezaan menyimpan dibank mahupun amanah saham dan faedah serta kebaikan Takaful untuk saya malah anda semua. 

سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنڪُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٲجً۬ا وَصِيَّةً۬ لِّأَزۡوَٲجِهِم مَّتَـٰعًا إِلَى ٱلۡحَوۡلِ غَيۡرَ إِخۡرَاجٍ۬‌ۚ فَإِنۡ خَرَجۡنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡڪُمۡ فِى مَا فَعَلۡنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعۡرُوفٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَڪِيمٌ۬ (٢٤٠) 
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (240) 



Secara SENANG UNTUK DIFAHAMKAN, eTiQa Takaful ini adalah PELAN SIMPANAN DANMENYEDIAKAN PERLINDUNGAN kepada peserta yang menyertainya. Setakat ini saudara sekalian dapat memahaminya? 

eTiQa Takaful menggunakan konsep TAKAFUL, iaitu konsep yang berasakan prinsip-prinsip PERKONSIAN, berkongsi tanggung jawab, bekerjasama dan saling membantu MENJAGA KEPENTINGAN BERSAMA. Dimana terdapat 2(DUA) akaun pada setiap peserta apabila mereka menyertainya. IaituAkaun Peserta(AP) dan Akaun Khas Peserta(AKP). Setiap peserta akan menyumbang berasaskan tabbaru'(derma) kepada Akaun Khas Peserta dimana dana ini akan digunakan untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik/ malang pada masa yang diperlukan. Tahap kehidupan yang berubah-rubah dan keperluan kita juga berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup kita berubah, maka keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita mengikut keutamaan. 
Ikutlah, jika kita menyimpan dibank, kita hanya mendapat dividen tahunan. Seperti juga eTiQa Takaful dan saham. Bezanya simpanan dibank mendapat dividen sekitar 4% setahun.Itu paling banyak saya rasa dan pengeluaran duit melalui bank adalah senang dan mengambil masa yang sedikit(Pantas pergi sahaja ATM tak payah isi borang). Manakala simpanan di mana-mana Amanah Saham, ia memberi kecairan matawang dengan lebih pantas dan banyak. Kalau berniat hendak "Menternak Wang", saham la jawapannya. Tetapi, kami di eTiQa takaful, saudara akan mendapatkan sekurang-kurangnya 4%-8% mudharabah setiap tahun. Average yang selalu diterima dalam sekitar 5.5%. Muhadrabah adalah pembahagian keuntungan. Di samping menabung,saudara juga mendapat PROTECTION untuk diri yang tidak ternilai ini. 

Jadi, rugikah saudara jika menyertai eTiQa Takaful?? Ini adalah salah satu cara yang dapat MENDISIPLINkan diri sendiri dalam menabung. Sejujurnya, berapa banyakkah simpanan yang saudara buat didalam bank? PERCAYALAH,simpanan dibank saudara senang HABIS kerana senang dibelanjakan. Kadang kala ia habis begitu sahaja, membelanjakan perkara yang tidak sepatutnya. ADAKAH SAUDARA TAHU APAKAH YANG AKAN TERJADI PADA 20TAHUN YANG AKAN DATANG?? 
KENAPA PILIH TAKAFUL DPD INSURANS HAYAT BIASA



Para ulamak telah sepakat memu
K
tuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Akad / Kontrak DERMA  (Tabarru’) menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Dalam konteks Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.

 
Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:

1. KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI:

Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarru’ (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah). Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).

2. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG 

POLISI:

Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.

3.LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL / PENANGGGUNG INSURANS: 

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.

4. PELABURAN KUMPULAN WANG:

Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

Di Malaysia, industri takaful bermula sejak tahun 1985 lagi, dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ia adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad. Sehingga kini, terdapat sembilan syarikat pengendali takaful yang sudah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Pada tahun 2005, penembusan pasaran atau market penetration industri takaful di Malaysia hanyalah 5.6 peratus, berbanding 38.7 peratus untuk industri insurans. Ini menunjukkan bahawa industri takaful mempunyai potensi yang amat luas yang perlu diterokai.

Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini. Dua model yang dikenali ialah ‘Model Mudharabah’ atau profit/surplus sharing dan ‘Model Wakalah’ atau agency. Pengendali yang menggunakan model mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil untuk menjual produknya, tetapi menggunakan kakitangan syarikat untuk memasarkan produk-produknya. Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau wakil takaful untuk memasarkan produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau syarikat yang disenangi