Saturday, March 31, 2012

etiQa Takaful Menjamin Masa Depan Anda Sekeluarga "its ABOUT PEOPLE,NOT POLICIES"

Alhamdulillah, hari ni saya meluangkan masa untuk bercerita mengenai etiQa Takaful.
Jika anda ingin mengetahuinya silalah merajinkan diri anda membaca isi kandungan blog ini. Kepada yang lebih arif, kongsi-konsikanlah pengetahuan saudara bersama. Kepada yang tidak tahu atau kurang faham, marilah kita memahaminya. Apakah itu takaful dan sebagainya. 
Sedikit latar belakang mengenai eTiqa Takaful, dahulu ia dikenali sebagai Takaful Nasional(Malaysia National Insurance). Juga ahli kumpulan MAYBANK. etiQa ini, terbahagi dua. Satu eTiQa Insurans, iaitu insuran AM berkaitan asset seperti rumah,kereta, kilang, syarikat dan sebaginya. Manakala satu lagi ialah etiQa Takaful. Ia adalah Takaful Keluarga. 

Ada sesetengah mereka masih tidak faham,apakah itu takaful dan insuran. Untuk pengetahuan anda, takaful adalah insuran dan insuran itu tak semestinya takaful. Insuran ini TERBAHAGI kepada 2(DUA)iaitu insuran KONVESIONAL dan TAKAFUL. Sebenarnya ianya sama sahaja, tujuannya untuk perlindungan. Bezanya cuma SISTEM PENGURUSAN yang dijalankan, dimana ia menjadi HALAL ataupun HARAM. Macam juga ayam, ayam HALAL tak ?Pada umumnya,ianya HALAL. Tapi kalau tak disembelih? HUKUMNYA menjadi HARAM. Betul tak? Begitu juga insuran, jika ia tidak menjalankan proses dengan betul (syarak) ia akan menjadi sebaliknya. 

Dalam ISLAM,mencari yang HALAL itu "fardhu". Tahu apa itu "fardhu"?? Dalam solat kita selalu menyebutnya, melainkan anda menunaikan solat sunnat atau selain daripada yang wajib.=) Sebagai seorang Muslim, yang waras akal fikirannya, sememangnya tahu bahawa benda yang berkaitan JUDI, KETIDAK PASTIAN dalam urusan jual beli dan RIBA adalah HARAM disisi agama. Janganlah cepat sangat nak melenting, jika saya bangitkan isu ini. Hal ini tidak perlu untuk berhujah dengan saya, kerana perkara tersebut telah diceritakan didalam al-Qur'an sendiri. Kata-katanya datang dari siapa? Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui. Dan MUFTI sendiri sudah menyatakannya bahawa insuran KONVESIONAL ini HARAM. Semua ini TERPULANG kepada saudara sekalian. Mahu terima atau tidak. Itu sahaja. 

Dalam blog ini, saya akan bercakap mengenai perbezaan antara konsep Takaful dan Konvensional, perbezaan menyimpan dibank mahupun amanah saham dan faedah serta kebaikan Takaful untuk saya malah anda semua. 

سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنڪُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٲجً۬ا وَصِيَّةً۬ لِّأَزۡوَٲجِهِم مَّتَـٰعًا إِلَى ٱلۡحَوۡلِ غَيۡرَ إِخۡرَاجٍ۬‌ۚ فَإِنۡ خَرَجۡنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡڪُمۡ فِى مَا فَعَلۡنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعۡرُوفٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَڪِيمٌ۬ (٢٤٠) 
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (240) 



Secara SENANG UNTUK DIFAHAMKAN, eTiQa Takaful ini adalah PELAN SIMPANAN DANMENYEDIAKAN PERLINDUNGAN kepada peserta yang menyertainya. Setakat ini saudara sekalian dapat memahaminya? 

eTiQa Takaful menggunakan konsep TAKAFUL, iaitu konsep yang berasakan prinsip-prinsip PERKONSIAN, berkongsi tanggung jawab, bekerjasama dan saling membantu MENJAGA KEPENTINGAN BERSAMA. Dimana terdapat 2(DUA) akaun pada setiap peserta apabila mereka menyertainya. IaituAkaun Peserta(AP) dan Akaun Khas Peserta(AKP). Setiap peserta akan menyumbang berasaskan tabbaru'(derma) kepada Akaun Khas Peserta dimana dana ini akan digunakan untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik/ malang pada masa yang diperlukan. Tahap kehidupan yang berubah-rubah dan keperluan kita juga berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup kita berubah, maka keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita mengikut keutamaan. 
Ikutlah, jika kita menyimpan dibank, kita hanya mendapat dividen tahunan. Seperti juga eTiQa Takaful dan saham. Bezanya simpanan dibank mendapat dividen sekitar 4% setahun.Itu paling banyak saya rasa dan pengeluaran duit melalui bank adalah senang dan mengambil masa yang sedikit(Pantas pergi sahaja ATM tak payah isi borang). Manakala simpanan di mana-mana Amanah Saham, ia memberi kecairan matawang dengan lebih pantas dan banyak. Kalau berniat hendak "Menternak Wang", saham la jawapannya. Tetapi, kami di eTiQa takaful, saudara akan mendapatkan sekurang-kurangnya 4%-8% mudharabah setiap tahun. Average yang selalu diterima dalam sekitar 5.5%. Muhadrabah adalah pembahagian keuntungan. Di samping menabung,saudara juga mendapat PROTECTION untuk diri yang tidak ternilai ini. 

Jadi, rugikah saudara jika menyertai eTiQa Takaful?? Ini adalah salah satu cara yang dapat MENDISIPLINkan diri sendiri dalam menabung. Sejujurnya, berapa banyakkah simpanan yang saudara buat didalam bank? PERCAYALAH,simpanan dibank saudara senang HABIS kerana senang dibelanjakan. Kadang kala ia habis begitu sahaja, membelanjakan perkara yang tidak sepatutnya. ADAKAH SAUDARA TAHU APAKAH YANG AKAN TERJADI PADA 20TAHUN YANG AKAN DATANG?? 

No comments:

Post a Comment