Thursday, May 30, 2013



BEZA TAKAFUL DAN KONVENSIONAL


Ramai yang kurang memahami beza di antara 
praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran 
dan Takaful. Setelah saya menulis tentang 
terdapat unsur gharar dan riba di dalam
 insuran konvensional. Maka timbul dakwaan
bahawa jika demikian, takaful juga 
mengandungi proses yang sama. Lalu,
 bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh 
syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga 
mempunyai elemen meletakkan wang
 dan menunggu pampasan apabila 
musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya

 adalah, syarikat-syarikat Takaful telah 
mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang
 digunakan oleh syarikat Insuran konvensional
 kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma).
 Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan
 syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga 
diperlukan untuk jelas dan terang jumlah 
itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan 
hadiah kepada seseorang, adakah menjadi 
syarat agar anda memberitahu kepadanya 
berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya 
sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana,
 ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, 
tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan 
untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan 
syarikat Takaful, mereka akan menggunakan 
gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
  • a) Tabarru' dan Mudarabah
  • b) Wakalah dan Tabarru

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali 
Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil 
bagi menguruskan sejumlah wang tertentu 
untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila 
diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu 
syarikat Takaful akan mengambil sejumlah 
upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. 
Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil 
untuk melaburkan wang yang belum didermakan 
dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil 
satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya 
mendapatkan untung dari pelaburan yang 
diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, 
pihak pencarum meletakkan wangnya dalam 
jumlah tertentu atas aqad tabarru', 
pihak syarikat akan menguruskan tabung
 takaful dan dalam masa yang sama 
melaburkannya, jika terdapat lebihan 
keuntungan (surplus) setelah ditolak 
semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat 
Takaful akan menghadiahkan sejumlah
 wang kepada peserta sebagai penghargaan 
penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang
mengandungi ciri jual beli yang diamalkan
 oleh Insuran konevsnional menjadikannya
 bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza 
dengan yang digunakan oleh Takaful yang
menggunakan samada aqad derma 
(tabarru') atau (wakalah).


konvensional

1. Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) 
antara penanggung insurans dengan pIhak
 yang diinsurankan
2. Pemegang polisi membayar premium kepada 
penanggung insuran
3. Penanggung insuran bertanggung jawab
membayar manfaat insuran seperti dijanjikan
daripada asetnya (kumpulan wang insuran
 dan kumpulan wang pemegang saham)
4. Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa 
sebarang kekangan Shariah
5. Wang pelanggan dianggap wang syarikat 
insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar 
oleh pelanggan.
6. Keuntungan yang dihasilkan dari 
kumpulan wang pencarum adalah 
dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga
adalah objektif utama syarikat insuran.
7. Pencarum tidak berhak untuk mendapat
 sebarang bahagian dari 'surplus'

Takaful


1. Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) 
yang disertakan dengan pelaburan.
2. Peserta membuat caruman ke dalam skim. 
Peserta saling menjamin sesama sendiri
 di bawah skim.
3.  Pengendali Takaful bertindak sebagai 
pentadbir skim dan membayar Takaful 
daripada kumpulan wang takaful.
4. Sekiranya berlaku kekurangan dalam 
kumpulan wang takaful, pengendali Takaful 
akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman 
tanpa faedah untuk menampung kekurangan 
berkenaan.
5. Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh 
dilaburkan dalam instrumen yang selari 
dengan Shariah.
6. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang 
syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki
 oleh pengendali
7. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan
 wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat 
kecuali nisbah yang disumbang dari wang 
syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah 
milik tabung kumpulan wang pencarum.
8. Lebihan, untung atau pulangan dipegang 
oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.




PERUNDING KEWANGAN TAKAFUL

ETIQA TAKAFUL BHD DARIPADA AHLI KUMPULAN MAYBANK SYARIKAT TERBESAR DI MALAYSIA DENGAN KEUNTUNGAN BERBILION SETAHUN MENUNJUKKAN KEMANTAPAN SYARIKAT UNTUK TERUS BEROPERASI .

GABUNGAN INI MENJADIKAN ETIQA TAKAFUL BHD MENJADI PILIHAN YANG PALING TEPAT DI KALANGAN PENDUDUK MALAYSIA .

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;

MOHD  AZMI KASIMIN

0163823175

Manfaat Kemalangan

Manfaat ini adalah rider yang boleh ditambah kepada semua produk eTiQa Takaful. Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia, cacat mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau cedera akibat kemalangan. Ia juga membayar manfaat mingguan sekiranya peserta atau orang yang dilindungi mengalami keilatan sementara dan menyeluruh
Jadual manfaat
1. Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersnagkut paut dengan sebarang sebab selain daripada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar
2. Apabila menerima bukti yang memuaskan bahawa kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam ( 1 ) - ( 8 ) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar di bawah klausa 2 tidak meli9bihi jumlah perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk ( 1 ) - ( 8 )
Manfaat Keilatan

Definisi kecederaan
Bermaksud kevederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan
Definisi keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan
  2. Syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.
  • hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau
  • hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan atau
  • hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali atau
  • hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali atau
  • kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali
Untuk juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai
Skop perlindungan
Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.
Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( mana yang terdahulu )

Tempoh bayaran
Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun ( mana yang terdahulu )

Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;
  1. Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggang atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau
  3. Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umut 65 tahun; atau
  4. Selepas pembayaran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau
  5. Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.