Thursday, May 30, 2013

Manfaat Kemalangan

Manfaat ini adalah rider yang boleh ditambah kepada semua produk eTiQa Takaful. Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia, cacat mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau cedera akibat kemalangan. Ia juga membayar manfaat mingguan sekiranya peserta atau orang yang dilindungi mengalami keilatan sementara dan menyeluruh
Jadual manfaat
1. Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersnagkut paut dengan sebarang sebab selain daripada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar
2. Apabila menerima bukti yang memuaskan bahawa kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam ( 1 ) - ( 8 ) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar di bawah klausa 2 tidak meli9bihi jumlah perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk ( 1 ) - ( 8 )
Manfaat Keilatan

Definisi kecederaan
Bermaksud kevederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan
Definisi keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan
  2. Syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.
  • hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau
  • hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan atau
  • hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali atau
  • hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali atau
  • kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali
Untuk juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai
Skop perlindungan
Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.
Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( mana yang terdahulu )

Tempoh bayaran
Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun ( mana yang terdahulu )

Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;
  1. Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggang atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau
  3. Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umut 65 tahun; atau
  4. Selepas pembayaran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau
  5. Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

No comments:

Post a Comment